Sistem Pengurusan Perondaan Pelinciran Otomatik RFID
Penentukan waktu yang tepat untuk pelinciran dan penggunaan pelicir yang diperlukan untuk bearing adalah 2 kemahiran utama yang diperlukan oleh juruteknik pelinciran dalam mengekalkan kecekapan bearing. Pelinciran yang tepat adalah sangat penting kerana pelinciran bearing yang tidak cukup akan menyebabkan kegagalan bearing yang lebih awal dan pelinciran bearing yang berlebihan pula akan menyebabkan kerosakkan gulungan dan kumparan motor yang disebabkan oleh pemanasan bearing yang melampau dan gris yang berlebihan.
Walaupun ini merupakan masalah pelinciran yang umum, tetapi masalah ini boleh diatasi mudah dengan lubricator mikro-komputer Easylube®RFID terbaru. Dengan Lubricator Easylube®RFID, kuantiti dan tempoh pelinciran yang tepat untuk setiap bearing boleh dikira dengan mudah dan diuruskan oleh software MQL Easylube®. Selain itu, sistem RFID Easylube®akan mengesan, memantau dan mengingatkan pengguna tentang isu-isu yang berkaitan dengan pelinciran semasa pemeriksaan rutin. Dengan itu, kecekapan dan keberkesanan amalan penyelenggaraan akan dipertingkatkan.
Easylube®RFID adalah senang diguna, ekonomik dan mudah dipasang terutama di mana mesin atau peralatan yang terletak di tempat terpencil, tersebar, merbahaya dan mudah diabaikan. Ia membantu juruteknik mengurangkan kesalahan manusia yang mungkin berlaku dan meningkatkan keselamatan pekerja.
Akibat daripadanya adalah TPM lebih senang dilaksanakan. Dengan hanya membuat perubahan yang kecil, masalah penyelenggaraan yang lebih besar akan dapat dikesan dengan lebih mudah. |